Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Makkal Sakthi Harap Dapat...

PRN JOHOR | Makkal Sakthi Malaysia berharapkan mereka akan diberi peluang untuk bertanding...

Pemain MU, Michael Carrick...

SAHIH... Michael Carrick mengesahkan beliau akan bersara sebagai pemain bola sepak pada musim...

Jerebu: JAKIM Saran Solat...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan semua masjid dan surau...

Sungai Rambai Diisytihar Daerah...

JASIN – Sungai Rambai bakal mencatatkan sejarah tersendiri apabila diisytiharkan sebagai daerah kecil...

Zahiril Terkejut Diminta Mencarut

PELAKON, Zahiril Adzim, terkejut apabila diminta mencarut dalam drama terbaru lakonannya, KL Gangster Underworld, yang disiarkan menerusi platform penstriman video-atas-permintaan (VOD), iflix.

Menurut Zahiril, walaupun pada awalnya dia agak keberatan untuk berbuat demikian bagi mengelakkan dirinya dikecam, namun demi menjadikan watak Adi yang dibawakan lebih realistik, dia mengalah.

“Kalau hendak bercerita dari segi kepuasan, saya memang puas berlakon dalam penerbitan sebegini kerana kita diberi kebebasan. Malah, saya sendiri terkejut kerana pihak iflix sendiri meminta saya untuk mengeluarkan kata-kata kesat, sejajar dengan watak gengster saya jayakan.

“Pada mulanya, saya memang menolak untuk berbuat begitu kerana tidak mahu mencetuskan kontroversi. Namun, selepas diberikan lampu hijau, saya teruskan juga.

“Biarpun diberikan kebebasan, kita kena juga jaga batasan. Watak Adi sendiri bukanlah kerap sangat mencarut, jadi saya rasa sedikit selamat,” katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran drama enam episod itu, di ibu negara.

Kata suami kepada kepada pelakon Shera Aiyob ini lagi, drama terbabit bagai mengembalikan semula lakonan pertamanya sebagai budak nakal, lebih sedekad lalu.

“Cuma bezanya, dalam filem Kami (2008) dan Juvana (2013), ia memaparkan kisah samseng budak-budak, bukannya golongan dewasa. Jadi, situasi dan cara percakapannya berbeza daripada KL Gangster Underworld yang lebih ganas secara keseluruhannya,” ujar pelakon berusia 34 tahun ini.


Dalam perkembangan lain, Zahiril berkata, dia kini berulang alik antara Kuala Lumpur dengan Jakarta, Indonesia, demi memburu kisah ulama Nusantara yang juga penulis terkenal, Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Dr Hamka.

“Saya ditugaskan untuk mengendalikan sebuah program travelog bertajuk Menjejak Hamka. Saya perlu mengembara ke semua tempat yang ada kaitannya dengan tokoh terbabit untuk mendapat bahan. Antara lokasi saya kunjungi ialah Jakarta, Jogjakarta, Surabaya dan Padang.

“Jujurnya, saya sendiri terkejut apabila diberi peluang untuk mengendalikan program ini. Walaupun isinya agak berat, namun saya perlu menjadikannya kelihatan lebih ringan dan boleh diterima semua golongan penonton,” cerita Zahiril mengenai program yang bakal disiarkan pada minggu pertama September depan, menerusi sebuah saluran berbayar. – BH Online

Kategori