Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

APMM Selamatkan 2 Beranak...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang...

Rezeki Lepas 10 Kali...

SIAPA sangka selepas hampir 10 kali isterinya keguguran, akhirnya Datuk Fazley Yaakob dikurniakan...

Lagi 40,000 Kambing, Lembu...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapatkan bekalan tambahan kira-kira...

Khalid Akan Fail Saman...

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad akan memfailkan saman terhadap Pengerusi...

10 Tahun Penjara Letak Jarum Dalam Strawberi

SYDNEY – Polis Australia mengakui belum tahu siapa yang meletakkan jarum menjahit dalam pasar raya yang menjual buah strawberi tetapi memberi amaran bahawa mereka yang bertanggungjawab boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Ketika bilangan ‘serangan’ meningkat dan ada pula yang meniru perbuatan itu dengan meletakkannya dalam buah epal dan pisang dalam kejadian di Sydney, polis memberi amaran bahawa jenayah itu amat serius.

“Ia satu kesalahan besar yang membawa kepada hukuman penjara 10 tahun,” menurut Detektif Superintenden Danny Doherty yang menyifatkannya satu perbuatan khianat.

Polis berkata, sudah 20 laporan kes jarum dan pin dalam strawberi berlaku di New South Wales berbanding enam di tempat lain.

“Kami belum dapat tahu apa motif atau alasan seseorang itu tergamak melakukan perkara ini. Kami belum dapat sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak.


“Bagaimana seseorang itu boleh meletakkan jarum atau pin dalam strawberi sedangkan mereka tahu apa akan berlaku ke atas sesebuah keluarga atau anak kecil? Pasti ada alasannya,” kata Doherty.

Keadaan itu menyebabkan pasar raya menarik balik produk buah berkenaan manakala ada kedai di New Zealand mengharamkan buat sementara jualan runcit strawberi Australia. – AFP

Kategori