Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

3 Askar Cedera Kena...

Kuala Terengganu - Tiga anggota Batalion 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Kem...

Anak Menteri Cadang Naik...

SEPERTI yang kita tahu, pelbagai reaksi yang boleh dilihat daripada kenaikan harga minyak...

Pishgaman Mahu Pertahan 3...

KUALA LUMPUR - Pasukan profesional benua dari Iran, Pishgaman akan tampil pada penganjuran Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) dengan sasaran mempertahankan tiga...

Raya Bersama Siti Nordiana...

SEREMBAN - Bekas juara Gegar Vaganza musim kedua, Siti Nordiana akan menemui peminatnya...

11 Mayat Ditemui Runtuhan Tanah Di Utara Filipina

ITOGON, Filipina – Pasukan penyelamat Filipina bertungkus-lumus mengorek timbunan tanah semalam bagi mencari berpuluh-puluh orang yang dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh susulan Taufan Mangkhut.

Pasukan tersebut berjaya menarik keluar 11 mayat daripada kawasan runtuhan yang luas di Itogon, kawasan ditimpa bencana di utara Filipina. Sehingga kini dipercayai 40 mangsa masih lagi tertimbus dan harapan mereka terselamat adalah tipis.

“Kami percaya mangsa masih di sana, mungkin 99 peratus telah mati,” kata Datuk Bandar Itogon, Victorio Palangdan kepada pemberita.

“Usaha mencari akan diteruskan sehingga penyelamat berhenti. Terdapat saudara-mara dalam kalangan penyelamat masih berharap mereka boleh menemui ahli keluarga yang masih hidup,” tambahnya lagi.

Lereng bukit yang luas menjadi lemah selepas hujan lebat akibat taufan kuat runtuh ke atas rumah pekerja lombong kira-kira 500 meter di bawah.


Penduduk di kawasan pedalaman, Cordillera yang terletak kira-kira 200 kilometer utara Manila, mencari perlindungan di bangunan tersebut bagi menge­lakkan Taufan Mangkhut

Bangunan dua tingkat itu merupakan kediaman pekerja yang ditinggalkan oleh firma perlombongan emas setelah diambil alih oleh pelombong kecil-kecilan, kata Palangdan.

Jalan rosak menghalang kemasukan jentera berat menyebabkan tentera, polis serta pekerja lombong terpaksa menggunakan penyodok dan mengalirkan air dari anak sungai berhampiran bagi melonggarkan tanah. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori