Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyokong Selangor, Perak Bergaduh

KUALA LUMPUR: Isu pergaduhan dalam sukan bola sepak dilihat semakin parah dan terbaharu...

49,773 Kanak-Kanak Keluarga Asnaf...

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM28.27 juta kepada...

Siti Nurhaliza Harap Rakam...

PUTRAJAYA - Penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkata beliau berharap...

Lelaki Temui USD95,000 Milik...

Kisah disebalik cerita mengenai sepasang suami isteri yang dikongsikan melalui Facebook The San...

14 Ditahan Susulan Pergaduhan Pemilihan PKR

SUNGAI PETANI – Seramai 14 lelaki sudah ditahan polis dipercayai terbabit dalam pergaduhan ketika proses pemilihan PKR Cabang Merbok di The Carnival di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata 10 lagi lelaki ditahan selepas pihaknya melakukan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta berdasarkan keterangan empat suspek yang ditahan terdahulu.

Katanya, mereka yang berusia 20 hingga 50-an itu dipercayai terbabit dalam pergaduhan ketika proses pemilihan PKR Cabang Merbok yang berpunca daripada rasa tidak puas hati susulan masalah sistem pengundian.

“Ada yang ditahan malam tadi, di rumah mereka dan ada yang datang ke balai polis untuk membuat laporan sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita akan menyiasat dari semua sudut tanpa mengira fahaman parti politik bagi mengelak daripada kejadian ini berulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adzli berkata, seramai 13 orang akan direman sementara seorang lelaki berusia 50-an dibebaskan dengan jaminan polis kerana mengalami masalah kesihatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.


NSTP semalam, melaporkan polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan ketika proses pemilihan PKR Cabang Merbok di The Carnival di sini.

Empat lelaki yang ditahan berusia antara 21 hingga 59 tahun dipercayai menggunakan peralatan yang berada di sekeliling mereka seperti penyapu sebagai senjata.

Video pergaduhan membabitkan hampir 20 lelaki menggunakan penyapu dan paip plastik memukul antara satu sama lain itu menjadi tular di media sosial. – BH Online

Kategori