Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengeluar Kenderaan Tawar Diskaun...

KUALA LUMPUR: Pengeluar kenderaan jenama tempatan mahupun asing turut mengambil inisiatif untuk menawarkan...

Bayaran Balik Cukai Terlebih...

BANGI - Pembayar cukai boleh mendapat bayaran balik cukai terlebih bayar daripada Lembaga...

Sungai Pak Mail Tercemar...

SEREMBAN – Kebocoran injap tangki minyak hitam dipercayai dari sebuah syarikat industri kecil...

Bayi Perempuan Baru Lahir...

MIRI - Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang awam di...

177 Warga Asing Ditahan Di Tapak Binaan Di Segambut

KUALA LUMPUR – Seramai 177 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Bersepadu di sebuah tapak binaan di Segambut di sini hari ini.

Operasi itu dilakukan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutuan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata mereka yang ditahan termasuk 145 warga Bangladesh dan 29 warga Indonesia.

“Turut ditahan dua warga Myanmar dan seorang warga India,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu yang menyaksikan pemeriksaan dibuat ke atas kira-kira 320 pekerja.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Hamidi berkata kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan Zainora Zainal mengesahkan syarikat pembinaan dari China yang beroperasi di tapak binaan tersebut tidak mempunyai permit sah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mengeluarkan arahan penutupan operasi, namun bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan.

CIDB, katanya sudah memanggil wakil-wakil syarikat pembinaan dari China awal tahun ini untuk diberi penerangan mengenai syarat operasi. – BERNAMA

Kategori