Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Budak 12 Tahun Acu...

MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 12 tahun selepas maut ditembak pihak polis...

Lepas Chong Wei, Filem...

SELEPAS filem biografi Datuk Lee Chong Wei, kini satu lagi filem biografi atlet...

Aktres Sridevi Meninggal Dunia...

NEW DELHI - Aktres tersohor India, Sridevi, yang dikagumi oleh berjuta pencinta wayang,...

Video Akim Dan Stacy...

RAMAI peminat ternyata masih belum dapat melupakan majlis pernikahan dan resepsi pasangan penyanyi...

18 Pelacur Warga Asing Ditahan Imigresen Dalam Ops Gegar

KUALA LUMPUR – Seramai 18 wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu siri serbuan, Ops Gegar di sini malam tadi kerana dipercayai melakukan akitiviti pelacuran.

Serbuan tersebut dilakukan oleh 16 pegawai Imigresen dari Unit Operasi Khas (QRT) dalam menjalankan pendedahan dan tangkapan di tiga hotel sekitar Puchong dan Sunway Mentari bermula jam 8 malam dan berakhir kira-kira empat jam kemudian.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata hasil pemeriksaan di kesemua hotel tersebut, pegawainya telah menahan 12 orang wanita warga Thailand, empat wanita warga Indonesia, dan dua wanita warga Laos yang dipercayai melakukan akitiviti pelacuran.

“Aktiviti pelacuran ini giat dijalankan di beberapa tingkat berlainan hotel-hotel tersebut bagi tujuan mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Siasatan awal turut mendapati suspek memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial bagi tempoh 30 hari dan dapat mengumpul sejumlah wang dengan hanya melakukan aktiviti pelacuran di hotel – hotel yang ditentukan sindiket dengan kadar bayaran dari RM240 sehingga RM640,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, dua lelaki warga tempatan juga ditahan di lokasi kerana terlibat menjadi pemberi maklumat kepada premis-premis yang menjalankan aktiviti pelacuran ini mengenai pergerakan pasukan serbuan dan operasi.


Mustafar berkata ratusan kumpulan sembang diwujudkan dalam aplikasi ‘Wechat’ dan ‘Whatsapp’ dalam telefon pintar suspek bagi memberi hebahan dan saluran maklumat kepada premis-premis yang terlibat di Lembah Klang dan negeri-negeri lain mengenai sesuatu operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Menurutnya suspek-suspek ditahan atas pelbagai kesalahan seperti penyalahgunaan pas atau permit, tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

“Kesemua tahanan ini akan ditempatkan di Depo Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan dan tindakan susulan di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – BERNAMA

Kategori