SEBERANG PERAI – Seramai 19 lelaki dipercayai sedang berada di bawah pengaruh dadah diberkas di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Tasek Gelugor di sini petang semalam.
Mereka terdiri lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 53 tahun itu ditahan dalam Ops Sarang yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) kira-kira pukul 5 petang.
Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sejumlah dadah jenis heroin dan syabu.
“Soal siasat yang dijalankan mendapati dadah tersebut untuk dijual dan dibekalkan di sarang penagih berkenaan dan nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM314,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – K! ONLINE