Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

UMNO Gantung Keahlian Noh...

KUALA LUMPUR : UMNO menggantung keahlian bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri...

Wanita Arab Saudi Tunjuk...

WANITA Arab Saudi mula banjiri Institut Kemahiran Motosikal yang dimiliki secara persendirian untuk...

Lori Dinaiki Terbabas, 3...

PAPAR - Sepasang suami isteri dan seorang anak perempuannya maut, manakala empat lagi...

Johor Seragamkan Kemeja Kokurikulum...

BAGI memperkasakan jati diri dan mewujudkan identiti, semua sekolah di negeri Johor akan...

1MDB: Rosmah Hadir Kali Ke-2 Beri Keterangan

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini merupakan kemunculan kedua isteri bekas perdana menteri di SPRM selepas hadir kali pertama pada 5 Jun lepas untuk disiasat berhubung kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.

Beliau yang datang menaiki kenderaan Proton Perdana warna hitam tiba pada kira-kira 9.50 pagi tanpa polis pengiring. Polis dilihat mengawal ketat perkarangan bangunan SPRM.

Rosmah berpakaian baju kurung bercorak bunga dan bertudung hijau dipercayai ditemani pembantu rumahnya yang membawa beg hijau milik beliau dan beberapa pegawai SPRM.

Rosmah berjalan pantas serta terus meluru masuk ke perkarangan bangunan berkenaan tanpa mempedulikan puluhan wakil media yang mengambil gambarnya.

Difahamkan, Rosmah akan memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu.


Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa kelihatan berkumpul di perkarangan ibu pejabat SPRM seawal 6.30 pagi untuk membuat liputan kes itu.

Semalam, pegawai SPRM ke rumah Rosmah di Taman Duta, Jalan Langgak Duta bagi memberi notis kepada Rosmah untuk dipanggil ambil keterangan kes itu.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

Khamis lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori