Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saya Macam ‘Automatik’ Peluk,...

LAMAN media sosial heboh membincangkan isu suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri...

VIDEO: Malunya…Bikini Peserta Miss...

Aduhai, tak dapat dibayangkan betapa malunya kalau berada di tempat peserta Miss California,...

Chong Wei Tidak Peduli...

PUTRAJAYA - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tidak lagi mempedulikan siapa...

Rakyat Malaysia Di Korea...

KUALA LUMPUR - Keadaan keselamatan rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara...

2 Kapal Tangki Pindah Minyak Secara Haram Ditahan

PENGERANG – Dua kapal tangki disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pengerang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan, berkata pemeriksaan yang dilakukan pada jam 12.20 tengah hari mendapati kedua-dua kapal terbabit gagal mengemukakan dokumen kebenaran melakukan aktiviti pemindahan minyak.

Katanya, dua kapal tangki dengan tanda nama KANTEK 2 dan RAMAI AWANA dikesan oleh Bot Peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan Operasi Redback XI sebelum memeriksa kapal berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati Kapal KANTEK 2 yang berdaftar di Singapura sedang memindahkan minyak yang dipercayai jenis Marine Fuel Oil (MFO) ke kapal RAMAI AWANA.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang kebenaran berkaitan aktiviti pemindahan minyak dan kebenaran bersauh dalam perairan Malaysia daripada Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mohd Zulfadli berkata, kapal RAMAI AWANA yang berdaftar di Malaysia juga gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan insurans kapal.

“Kedua-dua kapal terbabit turut membawa seramai 23 kru dari Singapura berusia antara 27 hingga 55 tahun dan empat daripada mereka dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 49 1B(1)(k) iaitu melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia dan Seksyen 49 1B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya. – BH Online

Kategori