Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Model Mati Kerana Karaoke...

SEORANG model sambilan dari Singapura dilaporkan koma sebelum meninggal dunia selepas meluangkan masa...

Kes Ugut Esha: Suspek...

Kuala Lumpur : Pemilik akaun TikTok yang ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan...

Polis Tetap Siasat Kes...

IPOH - Meskipun pihak MCA Bahagian Taiping sudah memohon maaf secara terbuka, polis...

Pemuda Dakwa Diserang Anak...

GEORGETOWN : Satu rakaman video memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah kafe...

2 Nelayan Vietnam Selamat Selepas Terapung 2 Hari Di Laut

KUALA TERENGGANU – Dua nelayan warga Vietnam yang dipercayai terapung lebih dua hari di laut berjaya diselamatkan di satu lokasi kira-kira 45 batu nautika dari sini, hari ini.

Kedua-dua nelayan itu ditemui pada 2.15 petang oleh bot ‘Pelican Calm’, iaitu sebuah ‘fast crew boat’ milik Alkahfi Lestari Oil & Gas dan Flex Fleet Sdn Bhd yang sedang dalam perjalanan menghantar kru dari platform minyak dan gas di perairan Terengganu ke jeti Pulau Duyong.

Jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berkata nelayan dikenali sebagai Nguyien Vam Le, 18, dan rakannya, Do Klen Luong, 22, itu dipercayai melarikan diri dari kapal mereka kerana tidak tahan lagi bekerja selepas 15 hari berada di lautan.

“Buat masa ini mereka akan dirujuk kepada kedutaan Vietnam bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai alamat dan waris serta keluarga yang terdekat untuk dihubungi bagi memaklumkan mengenai keadaan mereka berdua,” katanya kepada Bernama.

Katanya, kedua-dua nelayan terbabit juga tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang jenayah ketika ditemui.

Dalam pada itu, Kapten bot ‘Pelican Calm’ Edy Bachtiar H. Silitonga, 35, seorang warga Indonesia berkata kru bot itu melihat dua lelaki terapung di laut tanpa jaket keselamatan dan pelampung serta melambai-lambai dan menjerit meminta tolong.


Katanya, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan keletihan, lesu, kelaparan dan pucat ekoran berada di lautan lebih daripada dua hari.

Kedua-dua mangsa katanya diberi makanan dan minuman serta pakaian sebelum diserahkan kepada pihak APMM untuk tindakan lanjut sebaik sahaja tiba di jeti Pulau Duyong. – BERNAMA

Kategori