Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PFAM Gesa Pemain, Pasukan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa pemain dan...

Wanita Perlu Lebih Sensitif...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu golongan wanita supaya lebih...

AirAsia Kemuka Surat Tuntutan...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd telah menyerahkan surat tuntutan berjumlah RM409 juta kepada...

Tatu Allah Di Paha:...

PUTRAJAYA - Pemuda UMNO pada Jumaat menyerahkan memorandum menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

200 Gram Heroin Ditemukan Dalam Kereta Terlibat Kemalangan

BATU PAHAT – Sebanyak 200 gram dadah disyaki jenis heroin ditemukan dalam sebuah kereta yang terlibat kemalangan di Kilometer 103 Jalan Johor Bahru-Melaka berdekatan Kampung Kalong Getah di Senggarang, awal pagi tadi.

Dalam nahas pada pukul 3.45 pagi itu, pemandu kenderaan tersebut, Ng Ah Siong, 43, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Toyota Camry dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar pokok yang berada di kiri jalan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, dadah terbabit ditemukan di bahagian laci kenderaan yang terbalik serta remuk teruk itu.

“Semasa kejadian mangsa memandu seorang diri dari arah Bandar Batu Pahat menghala ke Rengit. Siasatan lanjut berkaitan kes dadah akan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Ujar beliau, kes kemalangan terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(A)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Kategori