Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Hina Sultan Perak: Pelajar...

IPOH - Seorang pelajar tingkatan enam diminta membaca Rukun Negara sebelum didenda RM5,000...

Kes Dadah, Nadzmi Mengaku...

NAMA Nadzmi Adhwa mula dikenali dalam drama Hati Perempuan yang disiarkan pada tahun...

QZ8501- MAS Beri Kata-Kata...

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di laman Facebooknya turut menyampaikan pesanan dan ucapan...

3 Maut, Polis AKSEM...

BUKIT KAYU HITAM - Tiga maut manakala seorang polis Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM)...

200 Peserta Sertai Persidangan Ketahanan Siber 2018

KUALA LUMPUR – Para pemimpin industri perbankan, pakar pengawalseliaan serantau dan keselamatan siber berkumpul hari ini di Persidangan Ketahanan Siber 2018 anjuran Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

Persidangan bertema ‘Menggalakkan Angin Perubahan : Peralihan kepada Ketahanan Siber’ yang diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia itu menarik lebih dari 200 peserta dari rantau.

Ia menampilkan 30 penceramah terkemuka tempatan dan antarabangsa dari sektor awam dan swasta, termasuk pengawal selia serantau, pakar perbankan, pakar teknologi kewangan (fintech) dan organisasi keselamatan siber.

Ketua Eksekutif AICB, Prasad Padmanaban berkata dalam sektor kewangan yang bersepadu dengan kemajuan teknologi yang pesat, adalah dijangka bahawa peningkatan ancaman siber semakin meningkat.

“Berdasarkan penemuan kaji selidik daya tahan siber AICB, lebih 70 peratus daripada bank Malaysia masih bergantung pada keselamatan IT atau operasi IT mereka yang sedia ada untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawab berkaitan keselamatan siber.

“Ini menunjukkan bahawa risiko siber masih dianggap sebagai risiko IT, bukan perniagaan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai daya tahan siber untuk sektor perbankan,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Kategori