Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ibu Reda Kehilangan Anak...

ALOR GAJAH – “Saya reda pemergian arwah. Ini kali kedua saya kehilangan anak....

Prabakaran Nafi Ditawar RM25...

NAFI... Anggota Parlimen Batu, P. Prabakaran hari ini sangkal dakwaan beliau ditawarkan RM25...

Harimau Ketagih Darah Manusia...

INDIA – Harimau yang mensasarkan lelaki mabuk sebagai mangsanya, kini menyerang kembali. Serangan...

Gadis Singapura Jatuh Tingkat...

SEBELUM ini, kami pernah menyiarkan artikel 'Gadis Cantik Masih Hidup Lepas Jatuh Flat...

24 Gelandangan Diselamatkan Dalam Operasi Bersepadu Di Sandakan

SANDAKAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan 24 gelandangan dalam Operasi Bersepadu membendung gejala kutu rayau dan gelandangan di sekitar bandar Sandakan semalam.

Operasi bersepadu itu bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi itu disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia dan juga Majlis Perbandaran Sandakan telah menyelamatkan 15 lelaki, enam wanita dan tiga kanak-kanak.

Penolong Pengarah Bahagian JKM Sandakan Kasrin Atchil berkata gelandangan berstatus rakyat tempatan adalah seramai 14 orang dan selebihnya warganegara asing.

“Gelandangan rakyat tempatan itu biasanya diabaikan keluarga atas faktor masalah keluarga dan tindakan selanjutnya yang akan diambil termasuklah memanggil waris mereka untuk mengenal pasti masalah terbabit.

“Gelandangan warga asing akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu. – BERNAMA

Kategori