Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

JKDM Rampas 30kg Dadah...

Putrajaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah merampas kira-kira 30 kilogram (kg)...

Anggota UMNO Tak Terpengaruh...

KOTA BHARU - Surat terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad kepada para anggota UMNO...

Mohamed Salah Sudah Mula...

MOSCOW - Penyerang sensasi Mesir, Mohamed Salah belum pasti dapat diturunkan menentang Uruguay...

Jika Berkenan Fida Ibrahim...

FIDA Ibrahim mengakui sukar untuk menemui kekasih hati dan mendirikan rumah tangga walaupun...

3 Maut Dalam Kemalangan Ketika Ribut Melanda Perlis

KANGAR – Sepasang suami isteri dan seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung ketika ribut kuat melanda, dalam kejadian di Bukit Cabang, Padang Besar malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Hafiz Johari, 28, dan isterinya Siti Asmah Abdul Khalid, 27, yang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak hari ini, serta Konstabel Muhamad Amirul Naim Aziz, 24, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata kejadian itu berlaku apabila Perodua Kancil dipandu Muhammad Amirul Naim bertembung di simpang Bukit Cabang dengan Nissan Murano dipandu Hafiz yang datang dari arah Kangar.

“Konstabel polis terbabit dalam perjalanan pulang dari rumah mentuanya di Padang Besar ke Seriab di Kangar bersama isteri Ku Noor Shakila Ku Sharudin, 25, dan dua anak perempuan mereka, Mia Iris Safiya, 2 tahun dan Maya Iris Safiya, 4 bulan.

“Mia Iris Safiya berada dalam keadaan kritikal manakala Ku Noor Shakila dan Maya Iris Safiya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Unit Forensik HTF pagi ini.

Mohd Nor Marzukee berkata bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa akan dijalankan hari ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dalam satu lagi kemalangan, seorang remaja berumur 15 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebatang pokok yang tumbang melintang jalan akibat dipukul ribut kuat di Jalan Tandop Kampung Baru Tok Kuning dekat Kangar kira-kira 11.45 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew, mangsa Muhammad Kamal Haikal Roslan menaiki motosikal bersama seorang rakan dari rumahnya di Kampung Baru Tok Kuning menuju ke Jalan Datok Ali, Kangar.

“Dalam keadaan ribut dan hujan, remaja itu dipercayai merempuh pokok yang melintang jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya dihantar ke HTF untuk diberi rawatan,” kata Wari. – BERNAMA

Kategori