Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gempa Lombok Dedah Lokasi...

BONGKAR... Kejadian gempa kuat di Lombok, Indonesia baru-baru ini yang ragut ratusan nyawa,...

9 Warga Malaysia Diselamat...

KAHERAH - Lapan rakyat Mesir serta sembilan warga Malaysia diselamatkan Tentera Laut Mesir...

Polis Cari Pemandu Toyota...

DUNGUN: Polis giat mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berwarna...

Hadi Mahu Teruskan Kerjasama...

KUALA SELANGOR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti...

3 Pekerja Ah Long Didakwa Ganggu, Ugut Peminjam

KUANTAN – Tiga pekerja syarikat pinjaman wang tidak berlesen dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mengganggu dan mengugut tiga peminjam di sekitar daerah ini, bulan lepas.

Tertuduh Goh Boon Kheng, 25, Wong Chee Seng, 24, dan Lai Wei Lun, 24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu terhadap tiga mangsa berbeza yang berusia antara 48 dan 22 tahun di kediaman mangsa masing-masing di Taman Kempadang Makmur, Jalan Sri Kemunting dan Jalan Air Putih di sini, antara 23 hingga 30 Ogos lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara mengunci pintu pagar rumah mangsa menggunakan rantai, membaling cat merah dan hijau ke halaman rumah serta membuat panggilan telefon berunsurkan ugutan secara berulang kali sehingga mendatangkan ketakutan terhadap mangsa dan keluarga.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya serta dikenakan sebatan, jika dilakukan untuk kali kedua, jika sabit kesalahan.

Peguam Muhammad Hakimie Ali daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh yang ditawarkan pihak pendakwaan atas alasan ketiga-tiga mereka tidak lagi bekerja selepas ditangkap pada 30 Ogos.

“Mereka masih bujang dan bekerja di syarikat kewangan dengan pendapatan RM800 sebulan, yang digunakan untuk menanggung ibu bapa masing-masing. Lai juga menyara dua adiknya yang masih bersekolah,” katanya.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM22,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Wong dan Lai juga mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nor Azizah Aling atas tuduhan membantu seorang pemberi pinjaman wang tidak berlesen mengedarkan kad pinjaman wang yang mengelirukan dan tidak jujur.


Wong yang berasal dari Klang, Selangor dan Lai daripada Kuching, Sarawak didakwa melakukan kesalahan itu pada 9.30 malam, 30 Ogos lepas di Lorong IM 10/10, Indera Mahkota di sini mengikut Seksyen 29AA akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. .

Mahkamah membenarkan ​​​​​​​setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Goh yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan memberi pinjaman wang tidak berlesen kepada tiga mangsa pada Jun dan Ogos lepas.

Tertuduh didakwa memberi pinjaman berjumlah antara RM980 hingga RM3,000 dengan kadar faedah bayaran balik antara 20 ke 30 peratus setiap minggu atau dua minggu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 5(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fatinah Abu Bakar menawarkan jaminan sebanyak RM90,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh dan memohon mahkamah memberikan syarat supaya tertuduh tidak menganggu mangsa.

Hakim Dazuki Ali membenarkan permohonan itu dan menetapkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 11 Okt depan. – BERNAMA

Kategori