Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

55,539 Guru Dipertimbang Dalam...

PUTRAJAYA - Seramai 55,539 guru yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, akan diusahakan untuk...

Apakah Pendirian PAS Tentang...

Apakah agaknya yang tersemat dalam sanubari para pemimpin PAS terutama mereka yang menggelarkan...

DSV Sah Sudah Jumpa...

PERHATIAN... Perhatian. Anda dah boleh berhenti hantar resume cari jodoh anda kat DSV....

Isu Palestin-Israel: Malaysia Tidak...

PUTRAJAYA : Malaysia akan meneruskan usaha menggembleng masyarakat antarabangsa, termasuk kuasa besar dunia...

3 Pekerja Ditahan Curi Jentera Pertanian

MELAKA – Polis menahan tiga pekerja kebun bagi membantu siasatan kes tiga jentera bajak yang dilaporkan hilang di dua daerah di negeri ini sejak awal tahun ini.

Dua daripada suspek yang masing-masing berusia 39 tahun dan rakan mereka yang berusia 27 tahun ditahan di sebuah kebun sayur di Durian Tunggal, Alor Gajah pada pukul 11.30 malam pada 2 September lalu.

Berikutan tangkapan itu, polis merampas tiga jentera pertanian jenis Kubota yang ditemukan di Pagoh, Johor; Jasin dan Durian Tunggal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, tiga jentera berat tersebut dilaporkan hilang masing-masing dua di Jasin pada Februari lalu dan satu di Felda Hutan Percha, Alor Gajah pada Ogos.

“Selain mencuri jentera pembajak, ketiga-tiga lelaki itu disyaki turut memecah masuk sebuah stor menyimpan barang pertanian di Bemban, Jasin pada 28 Ogos lalu yang membawa kepada kehilangan racun serangga dan beberapa mesin yang digunakan dalam aktiviti pertanian.


“Polis percaya kumpulan tersebut bergiat aktif dalam kes kecurian jentera pertanian ini sejak awal tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Nor Yhazid berkata, pihaknya percaya jentera bajak yang dicuri itu dijual kepada pihak lain namun harga jualan masih dalam siasatan.

Kata beliau, ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 kanun yang sama. – UTUSAN ONLINE

Kategori