Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pemuda UMNO Bagan Serai...

BAGAN SERAI - Bagi menyerikan suasana Aidilfitri hujung minggu ini, Pemuda UMNO Bahagian...

Penerbangan Ihsan JBPM Selamatkan...

GUA MUSANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan seorang remaja Orang...

828 Individu Ditahan Langgar...

PUTRAJAYA - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mendedahkan seramai...

Penuntut IPT Diminta Kekal...

SEMUA penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) diminta kekal berada di tempat masing-masing sepanjang...

3 Projek Pertanian ‘Sakit’ Dimajukan Semula Di Terengganu

DUNGUN – Tiga projek pertanian ‘sakit’ berskala besar di Terengganu akan dimajukan semula bagi menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata ia merangkumi projek tanaman kelapa matag di Langkap, Setiu; pengairan padi di Jelapang, Setiu dan tanaman padi di Pengkalan Nangka, Besut.

Katanya, ketiga-tiga projek itu dikenal pasti mampu memberi impak ekonomi yang besar kepada penduduk dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

“Projek ini telah dimulakan oleh kerajaan sebelum dengan kerjasama beberapa agensi tetapi terhenti kerana beberapa masalah seperti tenaga kerja dan sebagainya.

“Kita tidak akan guna istilah projek gagal kerana ia boleh dipulihkan semula dengan suntikan modal dan pengurusan yang baharu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Melabuh Unjam di Perairan Dungun, di Jeti Kuala Paka hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan negeri Zawawi Ali dan Pengarah Pertanian negeri Zulkefly Harun.

Sebanyak 40 unjam yang dibina secara gotong-royong oleh komuniti nelayan dilabuhkan di kawasan lima batu nautika dari Kuala Paka bagi menggalakkan aktiviti pembiakan ikan yang akan memberi manfaat kepada nelayan pantai.


Mengulas lanjut, Azman berkata bagi mengelak bebanan kos kepada kerajaan negeri, pihaknya akan mengadakan usahasama dengan syarikat swasta atau mana-mana agensi yang berminat bagi meneruskan projek terbabit.

Mengenai projek tanaman kelapa itu, beliau berkata projek bermula pada 2011 dengan kos kira-kira RM5 juta namun tiada hasil kerana pokok yang ada tidak dijaga.

“Begitu juga projek pengairan Jelapang seluas 735 hektar…yang mana lebih separuh tidak diusahakan,” katanya.        – BERNAMA

Kategori