Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PDRM Pantau Pegawai, Anggota...

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil data untuk memantau pegawai...

92 Peratus Kes Hospital...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyelesaikan 92 peratus daripada 57,355 kes tertunggak yang...

Model Ruby Rose Putus...

MODEL dan pelakon kelahiran Australia, Ruby Rose dilapor sudah berpisah dengan kekasih lesbiannya,...

Rakyat Nikmati Perkhidmatan Kesihatan...

TAWAU – Rakyat menikmati perkhidmatan rawatan kesihatan terbaik berikutan keprihatinan kerajaan yang menyediakan...

30 Peratus Pengundi Balakong Tidak Tahu Tarikh Pengundian

KUALA LUMPUR – MCA mendakwa kira-kira 30 peratus pengundi yang ditemui dalam tempoh 17 hari berkempen masih tidak mengetahui tarikh pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

PRK DUN Balakong yang akan diadakan Sabtu ini melibatkan seramai 62,219 pengundi yang terdiri daripada 61 peratus pengundi berketurunan Cina, diikuti Melayu (30 peratus), India (8.8 peratus) dan bakinya lain-lain kaum.

Calon MCA bagi PRK DUN Balakong, Tan Chee Teong berkata, beliau akan menggunakan baki empat hari ini sebaik mungkin untuk mengingatkan pengundi mengenai tarikh penting itu.

“Saya bimbang pengundi lupa untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana ada di antara mereka yang masih keliru di antara 8 dan 9 September ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media PRK Balakong di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori