Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Juri Britain’s Got Talent...

SEORANG budak perempuan yang baru berusia sembilan tahun mendapat perhatian meluas di Internet...

1,070 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 1,070 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan,...

Gempa Lombok: 14 Warga...

JAKARTA - Seramai 14 warga Malaysia yang berada di Lombok semasa kejadian gempa...

Pencerobohan Bot Nelayan Vietnam...

KUANTAN - Pencerobohan bot nelayan asing Vietnam di perairan Pantai Timur dan Sarawak...

38,500 Penduduk Tinggalkan Idlib Dalam Tempoh 2 Minggu

GENEVA – Pertempuran dan keganasan di wilayah Idlib menyebabkan lebih 38,500 penduduk terpaksa berpindah dalam tempoh dua minggu, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Badan dunia itu yang telah memberi amaran serangan besar-besaran terhadap wilayah berkenaan akan mencipta `malapetaka kemanusiaan paling buruk’ bagaimanapun telah pun mewujudkan pelan untuk menghadapi situasi itu.

Pelan berkenaan bagi membantu 900,000 penduduk untuk keluar daripada kawasan terbabit dan pemindahan besar-besaran kini sedang berlangsung.

Dalam tempoh 12 hari bulan ini, maklumat yang diterima mendapati pertempuran sengit terus berlaku dan kebimbangan ia merebak telah menyebabkan seramai 38,500 penduduk berpindah.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan hampir 10,000 daripada angka yang diperoleh PBB pada Isnin lalu. – AFP

Kategori