Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Google, Facebook Patut Kena...

PUTRAJAYA - Cadangan untuk mengenakan cukai iklan terhadap pentadbir enjin carian Google dan...

Iklan Binaan Kubur Kaler...

SEORANGƃā€šĆ‚Ā pengguna Facebook menerima reaksi bercampurƃā€šĆ‚Ā daripada pelbagai pihak apabila memuat naik gambar kubur berwarna...

Bangunan SK Taman Samudera...

KUALA LUMPUR - Lebih 300 murid Sekolah Kebangsaan Taman Samudera di Gombak, dekat...

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“HafizƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ Dari Lokap Jaga...

Kuala Lumpur - ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSaya kini menjaga ibu yang sakit barah otak selain cuba...

4 Lagi Kematian Keracunan Metanol Di Selangor, KL

KUALA LUMPUR – Empat lagi kematian akibat keracunan metanol dilaporkan, dengan tiga dari Selangor dan satu di Kuala Lumpur, menjadikan jumlah terkini kematian yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat kepada 37 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kematian yang dilaporkan daripada kemudahan KKM sehingga 12 tengah hari tadi, 23 kes direkodkan di Selangor, 11 di Kuala Lumpur dan tiga di Perak.

Berdasarkan kewarganegaraan, kematian melibatkan dua warga Bangladesh, dua (India), 11 (Myanmar), lapan (Nepal), 10 (Malaysia) dan empat lagi tidak diketahui kewarganegaraan.

Dr Noor Hisham berkata KKM menerima 93 notifikasi kes keracunan metanol daripada kemudahan kesihatannya sejak 15 Sept hingga 12 tengah hari tadi.

ā€œSemenjak 12 tengah hari 23 Sept sehingga 12 tengah hari tadi, enam notifikasi kes baharu diterima melibatkan empat dari Perak dan satu (kes) masing-masing dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

ā€œDengan pertambahan ini menjadikan jumlah kes keracunan metanol di Kuala Lumpur adalah 17 kes, Negeri Sembilan meningkat kepada dua kes manakala Selangor dan Perak kekal masing-masing 62 dan 12 kes,ā€ katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah yang dicatatkan menerima rawatan di hospital, lapan didapati stabil dan dibenarkan pulang.


Sebanyak 23 pesakit masih lagi menerima rawatan di 12 hospital sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata daripada 23 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital, lapan pesakit adalah kes kritikal.

ā€œKKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini,ā€ katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • arak

Kategori