Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kem Pembangkang, RUU 355...

KUALA LUMPUR - Persidangan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 mulai Isnin ini,...

247 Anggota Polis, Sertai...

LABUAN - Seramai 247 anggota polis Labuan termasuk yang berpangkat tinggi menyertai ikrar...

18 Individu Tunggu Bekalan...

ALOR SETAR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Yan menahan 18 penagih dadah...

Pelbagai Inisiatif Bantu Nelayan...

SHAH ALAM - Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional...

400 Banduan Lari Dari Penjara Di Tripoli

TRIPOLI – Kira-kira 400 banduan berjaya melarikan diri dari penjara Ain Zara di sini, semalam, ketika pertempuran antara beberapa kumpulan bersenjata meletus di kawasan berhampiran.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan di media sosial yang mengesahkan kejadian itu berkata, pengawal gagal menghalang tindakan sekumpulan banduan membuka pintu penjara.

Bagaimanapun, maklumat lanjut insiden kejadian itu tidak didedahkan.

Penjara Ain Zara, terletak di selatan Tripoli, iaitu ibu negara Libya dan sejak kebelakangan kawasan itu berdepan dengan kejadian pertempuran antara kumpulan bersenjata.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang aktivis tempatan, Emad Ergeha, berkata dua maut, manakala tujuh lagi cedera, termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah roket meletup di kem Al-Fallah yang menempatkan penduduk Tawergha.


Sebelum ini, penduduk Tawergha dipaksa berpindah daripada penempatan mereka di Misrata sejak 2011, iaitu sewaktu insiden menggulingkan Muammar Gaddafi.

“Roket yang dilancarkan turut menimpa Hotel Waddan di tengah Tripoli, yang terletak berhampiran Kedutaan Itali.

“Tiga individu cedera dalam kejadian pada Sabtu lalu, itu,” kata seorang kakitangan hotel. – Reuters/BH ONLINE

Kategori