Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahu Perintah Malaysia, Tapi...

SEMUA maklum bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diadakan...

Penduduk Setinggan Buntong Terima...

IPOH - Sebanyak 133 penduduk setinggan di Buntong telah menerima lot kediaman di...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah...

Anzalna Nasir Akui Kehidupan...

BAHARU sehaja mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Anzalna Nasir mengakui dia kini lebih...

435 Botol Arak Dijual ‘Kedai Belakang’ Dirampas

SUNGAI BULOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 435 botol arak pelbagai jenama dalam satu operasi khas di di sebuah premis di Kampung Baru Subang, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S.Sumo berkata polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an dipercayai pemilik premis terbabit untuk membantu siasatan.

“Berdasarkan risikan polis, premis itu dipercayai mula menjual arak terbabit sejak tiga ke empat bulan lalu.

Premis terbabit beroperasi di belakang sebuah kedai serbaneka untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya sejak 18 Sept lepas sehingga hari ini, sebanyak 11 operasi telah dilancarkan polis daerah Sungai Buloh membabitkan rampasan sebanyak 836 botol arak pelbagai jenama yang disyaki diseludup untuk dijual kepada warga asing sekitar Sungai Buloh dengan harga sekitar RM8 hingga RM15 mengikut jenama tertentu.


Menurut statistik Kementerian Kesihatan setakat semalam seramai 37 orang mati dipercayai akibat meminum arak beracun di Selangor, Kuala Lumpur dah Perak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • arak

Kategori