Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dua Lagi Atlet Emas...

BERLIN - Lima lagi atlet Russia yang bertanding di Olimpik Musim Sejuk Sochi...

Pemandu Jumpa Bayi Lelaki...

GERIK - Seorang pemandu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menemui...

Pegawai Kanan Jabatan Kerajaan...

MELAKA - Seorang pegawai kanan jabatan kerajaan di Melaka bergelar 'Datuk' yang ditahan...

Penipuan MLM, Eira Dan...

RASANYA belum pun lama pelakon Eira Syazira dan suaminya, Azad Jasmin membuat kenyataan di...

439 Penduduk 8 Kampung Di Baling Terjejas Bah Kilat

ALOR SETAR – Seramai 439 penduduk dari lapan kampung di Mukim Siong, Mukim Bongor dan Mukim Pulai di Baling terjejas akibat banjir kilat awal pagi tadi kata Sekretriat Pengurusan Bencana Daerah Baling Let (PA) Mohd Faizol Ab Aziz.

Bagaimanapun katanya pada kejadian berlaku pada 6.30 pagi kira-kira sembilan jam selepas hujan yang berterusan sejak awal pagi tadi, tiada mangsa dipindahkan.

“Mangsa yang paling ramai terjejas ialah di Kampung Tanjung Merbau membabitkan lebih 200 orang di ikuti Kampung Bharu (69), Kampung Charok Sikin (40), Kampung Siput (39) Kampung Banggol Derom (30).

“Selain itu banjir kilat turut menjejaskan penduduk di Kampung Lahar dan Kampung Bandar masing-masing dengan 25 mangsa, dan Kampung Setol dengan 10 orang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Faizol berkata pihaknya yang menerima maklumat awam bergegas ke lokasi pada 6.30 pagi tadi dan mendapati air telah memasuki rumah penduduk sehingga mencecah paras lutut selain beberapa jalan perhubungan turut terputus.

Katanya sehingga kini kerja-kerja pemantauan masih diteruskan dan keadaan banjir mulai surut dan terkawal. – BERNAMA

Kategori