Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan...

JIKA orang ramai mahu menjalani kehidupan seharian seperti biasa dan menyambut puasa serta...

18 Individu Berkumpul Main...

Polis menahan dan mengenakan kompaun ke atas 18 individu termasuk empat wanita kerana...

Isnin Cuti Jika ‘The...

BATU GAJAH - Kerajaan negeri Perak mengumumkan cuti khas peristiwa pada Isnin ini...

PAS Diminta Tubuh Pasukan...

PASIR PUTEH - Jawatankuasa Kerja PAS Pusat diminta mewujudkan pasukan petugas untuk menerangkan...

440,743 Calon Duduki UPSR Mulai 20 Sept

PUTRAJAYA – Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 20 hingga 27 September ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, seramai 430,031 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,712 pula calon sekolah swasta.

Pada tahun ini, 8,100 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara melibatkan 54,253 petugas peperiksaan, katanya.

“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan UPSR 2018 untuk maklumat mengenai masa serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung,” katanya.

Menurut Kementerian Pendidikan, jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.


Calon juga diingatkan supaya membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. – BERNAMA

Kategori