Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Didakwa Tipu...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri dihadapkan ke dua buah Mahkamah Majistret di...

Malaysia Kutuk Pelancaran Roket...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk pelancaran roket jarak jauh oleh Republik Demokratik Rakyat...

Kontraktor Tampar Lengan Doktor...

KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang...

ATM Sedia Kerah Anggota...

GENTING HIGHLANDS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia menggerakkan anggotanya ke kawasan...

5.2 Juta Kanak-Kanak Yaman Di Ambang Kebuluran

LONDON – BRITAIN. Sebuah badan amal yang berpusat di Britain menyatakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan selepas peningkatan serangan ke atas bandar pelabuhan Hudaydah, Yaman yang mana 5.2 juta kanak-kanak kini berada di ambang kebuluran akibat peperangan berterusan di negara tersebut.

Save the Children menerusi laporan mereka turut memberi amaran terhadap sebarang gangguan bekalan yang menjadi sumber kehidupan penduduk di Sanaa akan menyebabkan krisis kebuluran pada skala tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sebarang tindakan penutupan Hudaydah akan meletakkan kehidupan ratusan ribu kanak-kanak dalam bahaya manakala jutaan lagi berisiko kebuluran.

Minggu lalu, The Associated Press melaporkan kebanyakan keluarga di Yaman tiada apa untuk dimakan dan hanya memakan daun.

Dianggarkan, 8.4 juta penduduk di negara bergolak itu berada di ambang kebuluran manakala hampir 18 juta kurang mendapat akses makanan sihat dan berkhasiat. – Press TV/Sinar Harian Online

Kategori