Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Andainya Ini Ramadan Terakhir”

KUALA LUMPUR - Selepas bersara, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din aktif menyampaikan...

Anak Tunggal Allahyarham Datuk...

ALHAMDULILLAH. Akhirnya anak tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali, 32,...

Kementerian Pertahanan Nafi Laporan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menafikan mengenai catatan di laman Facebook dan laporan...

Kalau Dah Dendam: Begitulah...

UMUM tahu keadaan politik di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum Piliharaya...

5 Band Yang Muak Dengan Lagu Hit Sendiri

KUMPULAN rock Paramore memutuskan untuk tidak memainkan lagu Misery Business, salah satu lagu paling popularnya.

Penyanyi Hayley Williams berkata mereka perlu meninggalkan lagu itu untuk seketika.

Paramore bukan satu-satunya artis yang mengambil keputusan berhenti bermain satu lagu hit sendiri.

Selain Paramore, berikut lima lagi artis yang dikenali yang sudah muak dengan lagu hit mereka sendiri.

1. Radiohead – Creep

Lagu ini melonjakkan nama Radiohead pada tahun 1993, tetapi Radiohead sudah muak dengan lagu ini.

Creep menjadi salah satu lagu yang mempopularkan Radiohead dan juga muzik rock dikenali grunge atau rock alternatif.

Ketua kumpulan, Thom Torke malah menggelar lagu itu “crap” walaupun Creep sering dimainkan sepanjang 1990-an.

Menurut mereka, menjelang jelajah konsert album Ok Computer pada 1997, mereka semua sudah menyampah dengan lagu itu.

2. Led Zeppelin – Stairway to Heaven

Stairway to Heaven ialah antara lagu paling popular Led Zeppelin sepanjang zaman.

Menurut Robert Plant, beliau menulis lagu itu pada 1971, tetapi lama kelamaan apabila beliau semakin dewasa, lagu itu semakin tidak masuk akal baginya.

Sikapnya terhadap lagu itu juga dikatakan menjadi punca perbalahan beliau dengan pemain gitar, Jimmy Page.

Dalam konsert reunion pada 2007, mereka masih bertengkar tentang sama ada lagu itu perlu dimainkan.

3. Madonna – Like a Virgin

Madonna tidak mahu lagi menyanyikan Like a Virgin selepas lama meninggalkan zaman itu.


Pada tahun 2008, beliau berkata dalam wawancara dengan sebuah saluran radio di New York, beliau tidak pasti boleh menyanyikan lagu itu lagi.

Katanya, kecualilah ada orang yang hendak membayarnya sejumlah wang yang banyak, misalnya AS$30 juta.

Malah, tahap menyampahnya pada lagu itu hingga beliau tidak mahu mendengar lagi lagu itu.

4. Oasis – Wonderwall

Kemungkinan reunion Oasis memang kelam pada masa ini, tetapi yang lebih mustahil ialah mendengar Liam dan Noel menyanyikan Wonderwall sekali lagi.

Liam pernah berkata, “Setiap kali saya kena menyanyikannya, saya rasa hendak muntah.”

Katanya, beliau rasa hendak menumbuk orang yang bertanya padanya “Anda ni Encik Wonderwall kan?”

Walaupun hubungan Liam dan Noel tidak baik, kedua-dua mereka bencikan lagu Wonderwall.

5. R.E.M. – Shiny Happy People

Shiny Happy People diterbitkan pada 1991, semasa band grunge seperti Nirvana sedang naik.

Mereka tidak berapa sukakan lagu itu, walaupun ia hit popular mereka.

Lagu ini tidak dimasukkan dalam kompilasi lagu terbaik band itu pada 2003, dan kata Michael Stipe, mereka tidak mahu diingati dengan lagu itu.

Kata Stipe, beliau tidak mahu R.E.M diingati selepas 100 tahun dengan lagu itu, walaupun ia perlu diiktiraf sebagai salah satu hit mereka, tetapi bukan yang terbaik. – BBC

Kategori