Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perkeso Beri Bantuan Interim...

TAWAU - Tiga individu tempatan yang diberhentikan kerja oleh majikan masing-masing di sini,...

Pelajar Universiti Warga Bangladesh...

PUTRAJAYA: Seorang pelajar jurusan kejuruteraan sebuah universiti swasta yang juga warga Bangladesh hari...

Penjawat Awam Sarawak Nikmati...

MIRI - Sarawak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk lebih 20,000 penjawat...

5,244 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Kes COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 5,244 kes baharu dilaporkan...

56 Rumah Terjejas Akibat Ribut Di Perlis

KANGAR – Sebanyak 56 rumah di beberapa kampung dan kawasan perumahan di Perlis mengalami kerosakan selepas dilanda ribut dalam kejadian kira-kira 10 malam tadi.

Antara kawasan terlibat ialah Mata Ayer, Bintong, Kayang, Beseri, Sena, Chuping, Kuala Perlis dan Pauh.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis hari ini, kejadian itu juga menyebabkan banyak kemudahan awam rosak selain 156 pokok dilaporkan tumbang sehingga menghalang laluan di jalan-jalan utama.

“Operasi pembersihan pokok yang menghalang laluan dan menimpa rumah giat dijalankan pelbagai agensi selain orang awam,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, sebanyak 55 kes gangguan bekalan elektrik juga diterima akibat ribut berkenaan.


Tinjauan Bernama di beberapa lokasi mendapati kerja pembersihan termasuk mengalih runtuhan pintu gerbang di Repoh dekat sini, selesai dijalankan.

Difahamkan beberapa sekolah turut mengalami kerosakan dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dijangka membuat lawatan ke sekolah terbabit hari ini. – BERNAMA

Kategori