Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KPDNKK N.Sembilan Diarah Periksa...

SEREMBAN - Semua 105 orang pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...

Puad Zarkashi Dilantik Speaker...

Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilantik...

Udang Goreng Butter dan...

Bahan bahan:500 gm udang 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Minyak 3-5 sudu besar...

Keganasan Di Gaza: Erdogan...

ANKARA - Bagi Presiden Turki, Tayyip Erdogan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah runtuh...

5,892 Biji Pil Kuda Dirampas

PASIR MAS – Seorang wanita warga Thailand dicekup bersama 5,982 biji pil kuda oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu di Kampung Jejulok, Rantau Panjang di sini pagi semalam.

Wanita berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 pagi oleh anggota PGA yang sedang menjalankan tugas penguatkuasaan risikan sempadan di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, wanita berkenaan ditahan oleh anggota PGA selepas memandu kereta jenis Proton Persona dalam keadaan mencurigakan ketika melalui Kampung Jejulok.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan membawa kepada penemuan bungkusan plastik mengandungi pil kuda di bawah tempat duduk pemandu.

“Rampasan ini membabitkan nilai dadah berjumlah RM89,730.

“Siasatan awal mendapati suspek baharu sahaja bergiat aktif dalam pengedaran dadah sejak sebulan lalu dengan mengambil upah membawa bahan terlarang itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.


Abdullah memberitahu, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata, pihaknya berjaya menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Teluk Sawa dan Tendong.

Katanya, serbuan semalam dan kelmarin itu membawa kepada rampasan 180 biji pil kuda. – UTUSAN ONLINE

Kategori