Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Haram Penyegar Udara Ada...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini meminta pihak berkuasa...

ADUN Gadek Mengaku Tak...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek mengaku tidak bersalah di...

Rihanna Terima Anugerah Daripada...

TAHNIAH diucapkan kepada pelantun lagu Umbrella, Rihanna yang dikhabarkan bakal menerima anugerah kemanusiaan...

Penghantar Mengaku Tidak Salah...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

ADUN Sungai Tawar Dilantik Ketua Pembangkang Selangor

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu hari ini.

Pemasyuran itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim sebelum Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-14 dimulakan di sini hari ini.

Suee Lim berkata, pihaknya telah menerima surat pencalonan jawatan itu daripada Barisan Nasional (BN) Selangor pada 27 Jun lalu.

“Sidang DUN telah membuat penelitian dan bersetuju untuk memasyurkan Rizam sebagai Ketua Pembangkang Selangor.

“Saya berharap semua ADUN dapat menerima pelantikan yang ditetapkan dan berharap ketua pembangkang baharu ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik serta tidak meletak jawatan, “ katanya.


Sebelum ini, DUN Selangor tidak mempunyai ketua pembangkang selepas BN tidak melantik pengganti ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias yang meletakkan jawatan pada 8 Disember 2014.

Mohd. Shamsuddin dilapor meletak jawatan susulan keengganan beliau menerima jawatan Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor. – UTUSAN ONLINE

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori