Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Najib, Anak Dibenar Tangguh...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan...

UMNO Tak Rakus, PRN...

KUALA LUMPUR : Tuduhan segelintir pimpinan PAS kononnya UMNO 'rakus' kerusi dan kuasa...

Fedtri Yahya Cedera Di...

PETALING JAYA - Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya cedera selepas...

India Akan Bantu Afghanistan...

NEW DELHI: Kerajaan sementara Afghanistan berkata, India akan menyediakan lebih banyak kemudahan untuk...

AFC B-16: Harapan Tipis Vietnam Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR – Vietnam terus buntu menemui kemenangan dalam kempen Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 selepas terikat 1-1 berdepan Indonesia pada aksi kedua Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Keputusan itu menyaksikan peluang skuad kendalian ketua jurulatih, Vu Hong Viet mara ke peringkat suku akhir semakin tipis apabila hanya sekadar mengumpul satu mata dalam dua aksi selepas tewas mengejut 0-1 kepada India pada aksi pembukaan Jumaat lepas.

Turun dalam misi meraih tiga mata, Vietnam terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 untuk membolosi gawang skuad ‘Garuda Muda’ menerusi sepakan percuma memukau Khuat Van Khang menewaskan penjaga gol Ernando Ari Staryadi untuk mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung selepas rehat, percaturan ketua jurulatih Fakhri Husaini membawa masuk pemain gantian, Sutan Diego Armandoondriano membuahkan hasil apabila penyerang itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-49.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, Vietnam bangkit mengatur serangan memburu gol kemenangan, namun beberapa gerakan menembusi benteng pertahanan mudah dipatahkan pemain Indonesia.

Bagaimanapun, kealpaan pertahanan Indonesia hampir memberikan kemenangan kepada Vietnam, namun percubaan Dau Ngoc Thanh pada minit ke-81 sekadar menggegar tiang sekali gus perlawanan berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Terdahulu, di venue sama, satu lagi aksi Kumpulan C menyaksikan Iran terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata selepas turut terikat tanpa jaringan menentang India.


Iran yang lebih menguasai keseluruhan perlawanan dengan asakan bertali arus ke kubu pertahanan lawan dalam misi memburu kemenangan untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan suku akhir gagal membolosi gawang India yang dikawal rapi penjaga gol, Niraj Kumar sehingga wisel penamat.

Peluang keemasan Iran menjaringkan gol kemenangan hadir pada minit ke-74 selepas Aria Barzega dijatuhkan dalam kotak penalti, namun Kumar muncul wira pasukan India apabila bertindak cemerlang menyelematkan sepakan penalti yang diambil Alireza Bavieh.

Indonesia dan India kini mengumpul empat mata untuk menghuni tempat pertama dan kedua carta kedudukan Kumpulan C dengan kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan pada aksi terakhir kumpulan, Khamis ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • AFC

Kategori