Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kongsi Maklumat Palsu, 2...

POLIS Sarawak hari ini meminta dua wanita untuk tampil menyerah diri bagi membantu siasatan...

Najib, Rosmah Akan Periksa...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri,...

Main Gitar Semasa Doktor...

SEORANG pemuzik jazz yang menghidap tumor otak bermain gitar semasa pembedahan dilakukan ke...

Gambar Tular Tasik Chini...

KUANTAN - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa gambar yang...

Agong Berangkat Ke Forum Perdana Diraja Sempena Hari Keputeraan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Forum Perdana Diraja di Istana Negara, malam ini.

Forum anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Istana Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu diadakan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda tahun ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Forum bertajuk ‘Keagungan Al-Fateh’ itu turut dihadiri lebih 600 penonton, selain disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Forum itu menampilkan Ustaz Zakaria Othman daripada Jakim sebagai moderator bersama tiga panel, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Badli Shah Alauddin; Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan pendakwah bebas, Ustaz Roslan Mohamed.

Intipati forum selama sejam setengah bermula 9.30 malam itu, antara lain memfokuskan peranan dan kewibawaan pemimpin dalam mentadbir sebuah negara serta kepentingan pendidikan dan al-Quran dalam mencorak sesebuah kepimpinan dengan menjadikan contoh teladan daripada pemimpin Islam, Sultan Muhammad Al-Fateh ketika mentadbir empayar Uthmaniyyah.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Agong

Kategori