Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Industri Getah Bukan Industri...

KLANG - Industri getah Malaysia bukan industri yang malap susulan permintaan bagi produk...

Bersengkang Mata Hampir 24...

KUALA LUMPUR - Demi tugas dan keselamatan orang awam, anggota bomba yang terlibat...

Tuduhan BR1M Rasuah Tidak...

KOTA BHARU - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini menyifatkan...

Mengenang Loloq: BFF Kaki...

TAHUN 1988, Pasar Seni (CM) baru dibuka. Masih hijau tetapi sangat popular. CM...

AirAsia Malaysia Dapat Sijil Audit Keselamatan IATA

KUALA LUMPUR – AirAsia Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai pengendali berdaftar dengan pensijilan Audit Keselamatan Operasi (IOSA) oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berikutan kejayaan syarikat penerbangan itu melengkapkan audit IOSA berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat berkata AirAsia Malaysia merupakan syarikat penerbangan ketiga dalam Kumpulan AirAsia menerima akreditasi itu selepas AirAsia X pada 2014 dan seterusnya AirAsia Indonesia, bulan lepas.

“Akreditasi oleh pihak penanda aras keselamatan yang diiktiraf di peringkat global itu jelas menunjukkan komitmen kami untuk mengendalikan operasi yang selamat serta terjamin.

“Keselamatan adalah keutamaan kami dan kami akan terus berusaha untuk memastikan integrasi operasi dapat dikekalkan pada tahap tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

IOSA merupakan pengiktirafan antarabangsa dan satu sistem penilaian khas untuk meneliti pengurusan operasi serta sistem kawalan syarikat penerbangan selain disifatkan sebagai penanda aras global bagi pengurusan keselamatan dalam industri tersebut.


Proses audit yang dijalankan dua kali setahun, melibatkan lapan aspek fungsi dan operasi – sistem organisasi dan pengurusan, operasi penerbangan, kawalan dan penghantaran menerusi penerbangan, kejuruteraan dan penyelenggaraan pesawat, operasi kabin, pengendalian darat, kargo dan pengurusan keselamatan. – BERNAMA

Kategori