Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sanggup Merompak Hanya Kerana...

SEORANG lelaki sanggup mencuri untuk memenuhi tuntutan bakal ibu mertuanya yang mahu dia menyediakan...

445,641 Calon Bakal Duduki...

PUTRAJAYA - Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 akan dijalankan pada 4,...

Saingan 5 Penjuru Rebut...

SANDAKAN - DAP berhadapan empat saingan dari calon Parti Bersatu Sabah (PBS) dan...

Wayne Rooney Makin Teruja...

WAYNE Rooney memuji Sam Allardyce yang membawa Everton kembali ke landasan yang betul. The...

Akhirnya Anwar Senyum Salam ‘Mangsa’ Liwatnya

CERIA… Suatu ketika dahulu, mereka tegang ‘berlawan’ di mahkamah yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim cipta sejarah puluhan kali mohon tangguh perbicaraan kes liwat keduanya itu!

Namun, kali ini suasana jelas berbeza di Port Dickson, Negeri Sembilan apabila Ketua Umum PKR itu sanggup berjabat penuh mesra dengan senyuman semata-mata untuk capai hasrat menjadi perdana menteri yang kelapan.

Begitulah keadaan agak unik sehingga tarik perhatian pelbagai pihak terutama petugas media buat liputan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Majlis Perbandaran Port Dickson hari ini.

Presiden baharu PKR itu kelihatan tidak kekok bersalaman dengan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sebagai calon bebas PRK kerusi bandar peranginan popular tersebut yang akan berlangsung pada 13 Oktober depan.

Dua personaliti ini pernah jadi tumpuan dalam kes liwat kedua Anwar pada 2008, dan bekas Ketua Pembangkang itu dihukum penjara 5 tahun malah Mohd. Saiful sanggup angkat sumpah laknat dua kali termasuk depan Kaabah.

Seramai lapan calon hantar borang penamaan mereka bertanding dalam PRK yang keempat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu setelah kerusi Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong; kesemua di Selangor.


Selain Anwar dan Mohd. Saiful, Ibrahim; turut serta ialah calon PAS, Mohd. Nazari Mokhtar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang sah bertanding sebagai calon Bebas.

Turut berbuat demikian ialah Stevie Chan Keng Leong, Lau Seck Yan, Kan Chee Yuen dan A. Rajendra. Pegawai Pengurus PRK Port Dickson, Khairy Maamor mengumumkan pusat penamaan tersebut ditutup pukul 10 pagi.

PRK kali ini diadakan berikutan perletakan jawatan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lepas bagi beri laluan kepada Anwar kembali semula ke Dewan Rakyat. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori