Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Puji, Sokong...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong cadangan Menteri Belia dan...

Pakatan Harapan Perlu Hormat...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan Pakatan Harapan supaya menghormati amalan demokrasi dengan menghormati...

Minum Air Kelapa Muda...

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Orang ramai disaran agar meminum air kelapa...

Haikal Tinggal Kekasih, Enggan...

PENYANYI baharu, Haikal Azman akur dengan kehendak keluarga yang meminta dia memutuskan hubungan...

Akibat Tekanan PH, Najib Disoal Siasat Lebih 4 Jam

BUNTU… Bimbang aib besar, kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin terdesak apabila agensi penguatkuasaan ditekan untuk segera dakwa Datuk Seri Najib Tun Razak atas 21 pertuduhan.

Malah bekas perdana menteri itu disoal siasat lebih empat jam di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan, kehadiran Ahli Parlimen Pekan itu dibuat bagi bantu kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau yang buntu untuk dibuktikan sebelum ini.

Najib dilihat beredar kira-kira pukul 1.35 petang selepas hadir ke pejabat itu pukul 9.30 pagi dengan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Ipsum berwarna hitam dan diiring empat kereta polis serta dua peronda bermotosikal.

Belia kemudian dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang ini untuk pertuduhan di mahkamah tersebut. Apa yang pasti, drama pendakwaan ke atas Najib seolah-olah ulangi kes dialami Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara kebetulan pada tarikh sama iaitu 20 September 1998, bekas Timbalan Perdana Menteri itu setelah dipecat Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau didakwa atas kes liwat yang cetus spekulasi ia sebenarnya bermotif politik.


Kini modus operandi hampir sama digunakan perdana menteri yang sama untuk hukum musuh politiknya bagi cipta persepsi negatif konon Najib amat jahat curi duit rakyat demi lindungi kegagalan Mahathir urus tadbir negara.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini berkata, penahanan Najib dibuat setelah pasukan tersebut mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

Najib akan didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang ini untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori