Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Trafik Mabuk, Memandu...

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan...

Pengantin Lelaki Dibunuh Di...

PATTANI - THAILAND. Semalam sepatutnya hari bahagia bagi Ahamad Daud kerana menjadi raja...

NFCP Pacu Kehidupan Rakyat...

JASIN - Senyuman terukir di wajah rakyat Jasin di sini apabila ditanya tentang...

Tiada Bukti Kukuh Wujud...

SEMPORNA - Tiada ancaman secara langsung dan bukti kukuh wujudnya elemen militan negara...

AKSEM Kedah Rampas Rokok Tidak Bercukai RM1.749 Juta

ALOR SETAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah merampas pelbagai jenis rokok putih dan rokok kretek tidak bercukai bernilai lebih RM 1.749 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Lavender, Jalan Lencong Barat, di sini, petang semalam.

Komander AKSEM Bukit Kayu Hitam, ASP Mohd Khairi Abdullah berkata, rampasan kira-kira pukul 5 petang itu berdasarkan maklumat awam dan risikan mengenai sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok secara haram.

“Sepasukan anggota yang membuat intipan di rumah itu kemudian menyerbu dan mengetuk pintu rumah yang tidak berkunci itu namun tiada penghuni sebelum pemeriksaan dilakukan dan menemui sejumlah kotak rokok disyaki tidak bercukai di dalam rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Antara rokok yang dirampas ialah rokok jenis John bernilai RM656,000 yang membabitkan nilai cukai sebanyak RM1.043 juta dan rokok kretek bernilai RM64,080 dengan cukai sebanyak RM576,720.

Katanya, rokok-rokok itu turut ditemukan di dalam empat buah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang di letakkan di sekitar rumah terbabit.

“Kenderaan itu ialah jenis Toyota Estima dan Toyota Velfire. Pemeriksaan ke atas kenderaan itu turut mendapati ia kenderaan klon yang bernilai kira-kira RM190,000 dengan nilai cukai RM699,200,” katanya.


Mohd Khairi berkata, siasatan mendapati kenderaan tersebut baharu sahaja diisi dengan kartun-kartun rokok sebelum diedarkan di seluruh negeri Kedah pada sebelah malam.

Kesemua barang yang dirampas kemudian diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Alor Setar untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang-barang larangan.

“Ini adalah kejayaan terbesar AKSEM Kedah setakat ini yang membabitkan rampasan rokok tidak bercukai di Kedah,” katanya. – BERNAMA

​​​

Kategori