Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Budak Perempuan Maut Minum...

FLORIDA (Amerika Syarikat) - Seorang budak perempuan meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas...

Pembayaran BPN Fasa Pertama...

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi...

Ahli PAS Diminta Jaga...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengingatkan ahli parti...

Pusat Beli-Belah Bernilai RM500...

ALOR SETAR - Pusat Beli-Belah Aman Central dengan nilai pembangunan kasar RM500 juta...

Amar Singh Berlakon Filem?

KUALA LUMPUR – “Tiada komen, saya baru hendak membaca buku itu, ada kemungkinan mereka perlu menghubungi saya untuk berlakon dalam babak serbuan di Pavilion.”

Itu maklum balas spontan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika diajukan soalan mengenai buku ‘Billion Dollar Whale’ yang bakal difilemkan.

Penulis bersama buku berkenaan, Tom Wright hari ini berkongsi berita mengenai buku yang mendedahkan perincian mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bakal diangkat ke layar perak.

Ia selepas SK Global berjaya mendapat hak penerbitan bagi filem untuk buku berkenaan.

Filem itu akan diterbitkan Ivanhoe Pictures yang juga anak syarikat SK Global, bersama aktres antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang menjalin kerjasama dengan syarikat itu baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan dikongsi Wright yang menulis buku itu bersama seorang lagi wartawan Wall Street Journal Bradley Hope, pengumuman itu dibuat oleh Presiden SK Global, John Penotti.


“Tom dan Bradley menghasilkan kisah terperinci dan meyakinkan yang sukar untuk dipercayai,” kata Penotti, yang menzahirkan rasa bangga syarikat itu untuk terbabit dengan projek berkenaan.

Wright berkata, dirinya dan Hope teruja untuk bekerjasama dengan SK Global bagi mengangkat kisah menakjubkan mengenai Jho Low, yang disifatkannya sebagai ‘Gatsby zaman moden’, ke layar perak. – BH Online

Kategori