Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

POTA Usaha Kerajaan Tangani...

PUTRAJAYA - Penggubalan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) merupakan usaha kerajaan untuk menangani ancaman...

Sindiket Dadah Kantoi Gara-Gara...

BENARLAH kalau buat salah selama mana boleh disorok.Dek kerana kecuaian yang kecil, di...

PAS Akan Bertanding Lebih...

SHAH ALAM - PAS akan bertanding lebih daripada 130 kerusi Parlimen pada pilihan...

“Kami Sudah Selamat Nikah...

KUALA LUMPUR – Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akhirnya mengesahkan dia sudah berkahwin...

AMK Alu-Alukan Anwar Bertanding Kerusi Parlimen Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengalu-alukan cadangan beberapa pihak yang mahu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen di Pulau Pinang yang merupakan ‘tapak’ permulaan karier politiknya.

Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin berkata PKR mempunyai empat kerusi Parlimen di negeri itu dan berkemungkinan ada pemimpin yang mahu memberikan kawasan mereka kepada Anwar bagi membolehkan bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu menjadi anggota parlimen dan seterusnya menjadi perdana menteri.

“AMK akan beri sokongan sepenuhnya jika Datuk Seri Anwar mahu bertanding di mana-mana kerusi Parlimen tetapi jika beliau pilih di Pulau Pinang, kami memang mengalu-alukan…memang itu yang kami nak kalau boleh.

“Pada perjumpaan dengan PKR Pulau Pinang baru-baru ini, Anwar ada memaklumkan supaya jentera pilihan raya parti bersiap sedia serta membantu beliau pada pilihan raya kecil yang akan ditandinginya,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Tabung Usahawan Tani (TUT), di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, dilaporkan berkata kerusi Parlimen akan dikosongkan bagi memberi laluan untuknya bertanding dan membayangkan kemungkinan akan kembali semula menjadi anggota parlimen menjelang akhir tahun ini.


Langkah itu dilihat sebagai persediaan untuk Anwar menjadi perdana menteri kelapan. Bagaimanapun, kawasan Parlimen yang akan ditandingi Anwar masih menjadi teka-teki dan beliau belum membuat keputusan berhubung perkara itu.

Pada 4 Sept lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kawasan parlimen yang akan ditandingi bekas timbalan perdana menteri itu akan diumumkan bulan ini. – BERNAMA

Kategori