Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Comel! Justin Timberlake Kongsi...

TIDAK seperti kebanyakan selebriti tempatan yang gemar menunjukkan anak mereka menerusi media sosial,...

Pengurus Ditahan Sengaja Reka...

PENGURUS stesen minyak yang mendakwa wang tunai berjumlah RM35,000 kutipan hasil jualan seminggu...

Mata Wang Asing Lama,...

KUALA LUMPUR - Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun...

Suhu Di Arab Saudi...

RIYADH – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) memberi amaran bahawa Arab Saudi bakal berdepan...

Anggota PDRM Resah Gaji Lewat

KUALA LUMPUR – Sebahagian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) resah apabila pembayaran gaji melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) yang sepatutnya dibayar hari ini mengalami kelewatan.

Seorang anggota PDRM menghubungi Utusan Malaysia memaklumkan, gaji melalui akaun BSN menghadapi sedikit kelewatan memandangkan masalah yang dihadapi pihak BSN.

“Sebelum ini kami tidak dimaklumkan mengenai kelewatan pembayaran gaji itu. Saya difahamkan bank lain tidak mempunyai masalah kecuali BSN.

“Cuma pagi ini sahaja saya dimaklumkan pihak Kementerian Dalam Negeri dalam tindakan bersama BSN untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera. Mereka meminta untuk kami bersabar dan memaklumkan perkara itu rakan-rakan anggota lain” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pembayaran gaji tersebut dijangka akan diselesaikan pada pukul 10 pagi tadi namun sehingga kini pembayaran tersebut masih belum diterima.


Sementara itu Utusan Malaysia sedang berusaha mendapat penjelasan pihak PDRM berhubung kelewatan gaji yang dihadapi oleh anggota terbabit. – UTUSAN ONLINE

Kategori