Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mendiang Ibu Sedang Siram...

TERKEJUT…seorang wanita terkejut apabila melihat ibunya yang telah meninggal dunia 18 bulan lalu...

Honda Hadiah Civic Type...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia telah menghadiahkan kereta Honda model Civic Type R...

Alas Periuk Daripada Lidi...

KULIM – Biarpun terdapat pelbagai variasi alas moden bagi meletakkan periuk panas yang...

Imigresen Kedah Tahan 22...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 22 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)...

Anggota Tentera Didakwa Salah Guna Wang Milik Anggota Polis

KUANTAN – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang bukan miliknya pada Mac hingga April lepas.

Tertuduh Koperal Hafizan Mohd. Norwawi, 30, yang bertugas sebagai pembantu automotif di Kem Batu 10, di sini membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Aling.

Mengikut kertas pertuduhan, Hafizan pada 24 Mac hingga 22 April lepas bertempat di mesin juruwang automatik (ATM) Maybank Petronas Jaya Gading, di sini didapati dengan curangnya telah menyalahgunakan wang berjumlah RM36,113.32 kepunyaan seorang anggota polis.

Sehubungan itu dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda. – BERNAMA

Kategori