Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sistem Pilihan Raya Malaysia...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan...

Katy Perry, Orlando Bloom...

HUBUNGAN pasangan sensasi, Orlando Bloom dan Katy Perry dikhabarkan putus di tengah jalan...

Penjenamaan Semula JKKK, JKDB...

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah telah membuat keputusan untuk membuat...

Angka Korban Kebakaran Di...

DHAKA - Sekurang-kurangnya 70 terbunuh manakala 50 yang lain dipercayai cedera dalam insiden...

Anuar Zain Kongsi Gambar Zaman Kanak-Kanak Di IG

PENYANYI popular Anuar Zain akhirnya membuka akaun peribadi Instagramnya @anuarzain70 pada Rabu lalu.

Anuar, 48, yang memuat naik foto dan video terbaharunya itu kini sudah mempunyai lebih 9,000 pengikut.

Malah melalui Instagram itu juga, penyanyi lagu ‘Sedetik Lebih’ dan ‘Andainya Takdir’ ini berkongsi foto pertama ketika zaman kanak-kanak buat peminat teruja.

Anuar Zain

“Akhirnya… foto pertama saya, Hello semua,” tulisnya.

Malah rata-rata peminat gembira dengan perkembangan itu kerana melalui Instagram itu akhirnya mereka dapat berinteraksi dengan Anuar Zain secara terus.


Selain itu, pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain turut memuat naik beberapa foto percutiannya di beberapa negara, sambutan Hari Raya Aidilfitiri dan sambutan juga hari lahir ahli keluarganya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan hanya menggunakan akaun @anuarzainnetwork untuk sebarang urusan kerja dan juga pelbagai promosi konsert.

Akaun tersebut telah ditubuhkan dua tahun lalu itu kini mempunyai hampir 100,000 pengikut namun diuruskan pihak pengurusannya. – Sinar Harian

Kategori