Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

K’jaan Digesa Batal Pembekuan...

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang akan membekukan sementara...

HSR: Tidak Kompromi Keselamatan...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan sempadan berhubung...

Kelantan Tanam Eucalyptus Tingkat...

GUA MUSANG - Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan projek perintis tanaman pokok...

Jelir Lidah Di Tanah...

SEKEPING gambar dari Sharifah Sakinah ketika berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah...

Anwar ‘Dwistandard’ Pertikai Bayaran Guaman Shafee

KENAPA Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba pertikai isu pelantikan dan bayaran guaman kepada Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya luar dalam kes liwat kedua beliau!

Sedangkan pada masa sama Anwar diam sahaja dalam isu Peguam Negara, Tommy Thomas lantik Sulaiman Abdullah dan Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan terhadap kes Datuk Seri Najib Tun Razak?

Mungkin suah tiba masa warga Malaysia perlu menapis isu-isu siasah yang diangkat oleh ahli politik tertentu supaya fikiran rakyat tidak dikelirukan dengan permainan persepsi jahat dan ada kepentingan peribadi.

Namun, saya ulas sedikit mengenai isu bayaran yuran guaman kepada Shafee dalam kes liwat kedua di Mahkamah Rayuan pada 2014 dan Mahkamah Persekutuan pada 2015 yang pernah hangat dibicarakan.

Ia kemudian dijatuhkan hukuman oleh panel lapan hakim yang mendengar segala bukti dan penghujahan dengan penuh berhati-hati, dan sebulat suara bersetuju bahawa Anwar sebagai bersalah.

Rakyat perlu melihat kepada 3 perkara berkaitan isu ini:

1. Tugas Shafee sebagai pendakwa raya adalah untuk memastikan beliau berjaya mengenengahkan kes yang mantap dan terbaik di mahkamah untuk memastikan pihak yang tertuduh dijatuhkan hukuman bersalah.

2. Shafee adalah peguam UMNO yang telah menangani banyak kes bagi pihak UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO selama ini dan ia sebenarnya bukan perkara baharu.

3. Peguam yang memiliki firma sendiri seperti Shafee, tidak mengendalikan hanya satu kes dalam sesuatu masa. Mereka urus pelbagai kes luar di samping kekal menjaga isu-isu perundangan membabitkan UMNO.

Disebabkan itu, maka tidak timbul sebarang isu pun jika UMNO sanggup membayar kos yuran guaman kepada firma Shafee sebagai peguam UMNO dalam kes melibatkan kepentingan parti.


Kenapa pula ia menjadi satu kesalahan bagi UMNO untuk membayar yuran guaman peguamnya? Yang salahnya adalah jika UMNO langsung tidak bayar khidmat guaman mereka!

Paling mengejutkan apabila Anwar buat kenyataan beliau kekal pertahan pendapatnya Shafee tidak sepatutnya dibenar untuk kendali kes permohonan rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi pihak pendakwaan sebagai pendakwa raya luar.

Anwar mendakwa ianya bulan amalan biasa pihak Peguam Negara pada waktu itu. Anwar mengkritik perlantikan Shafee sebagai seorang pendakwa raya luar yang konon tidak sepatutnya dibenarkan dan bukan amalan biasa.

Tetapi bagaimana pula dengan Tommy yang melantik dua peguam luar, iaitu Sulaiman dan Gopal Sri Ram dua minggu lalu untuk mengetuai pasukan pendakwaan bagi pihak Peguam Negara dalam kes terhadap Najib?

Ini sudah ‘double standard’!

AS
#EmpiricalWatch

Kategori