Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rizab BNM Sebanyak RM439.81...

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM439.81 bilion (bersamaan...

Kuan Yau Pertahan Pengedaran...

PULAU PINANG - Kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia, Hew Kuan Yau yang menghasilkan...

‘Telefon Bimbit Kuno’ Cetus...

Vienna - Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar...

10 Makanan Yang Boleh...

SETIAP kanak-kanak yang membesar pasti sudah banyak kali dinasihatkan untuk makan buah-buahan dan...

Anwar Jumpa Pesuruhjaya Brunei Bincang Kerjasama 2 Negara

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun mula menjalankan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 meskipun belum lagi disahkan memegang jawatan itu oleh Kabinet.

Anwar yang masih menanti peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun mengadakan perbincangan dengan wakil negara luar bagi membincangkan kerjasama dua negara demi dedikasinya kepada negara.

Laman Facebook rasmi Anwar semalam memaklumkan Anwar yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson mengadakan perbincangan mesra dengan wakil kerajaan Brunei baru-baru ini.

“Anwar Ibrahim dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia, TYT Dato’ Paduka Haji Alaihuddin Bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato’ Seri Utama Haji Awang Mohd Taha bulan lalu.

“Perbincangan mesra, selain turut disentuh usaha ke arah merapat hubungan kedua-dua negara dalam pelbagai bidang melibatkan rantau ini,” lapor laman Facebook tersebut.


Laman Facebook “Anwar Ibrahim” itu turut memuat naik dua keping gambar Anwar mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia mengenai usaha merapatkan hubungan kedua-dua negara.

Anwar bakal bertanding dalam PRK Port Dickson untuk kembali menjadi Ahli Parlimen sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Mahathir seperti yang dijanjikan oleh Mahathir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14. – MYNEWSHUB.TV

Kategori