Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Agong Terima Menghadap Putera...

KUALA LUMPUR ā€” Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima...

“Ada Pemandu Uber, GrabCar...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan ke atas 153...

PKR Buat Laporan Polis,...

KUALA LUMPUR : Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini membuat laporan polis terhadap...

APMM Temui Mayat Lelaki...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui mayat seorang lelaki terapung...

Apa Motif Singapura Biar Mainan Video Hina Najib?

BIADAB… Singapura amat dikenali sejak sekian lama kerana disiplin ketegasan undang-undang terhadap rakyatnya sendiri waima hanya kesalahan kecil pun boleh dikenakan hukuman berat.

Malah kerajaannya tegas haram sebarang bentuk permainan video termasuk dari luar negara kononnya demi jaga sensitiviti masyarakat majmuk daripada cetus masalah perkauman seperti rusuhan berdarah Natrah pada 1950.

Malangnya, pemerintah republik itu baru-baru ini seperti ‘lepas tangan’ apabila biar satu permainan siber baharu yang jelas hina bekas pemimpin negara jirannya sendiri dengan dijadikan bahan imej untuk pemain raih markah.

Timbul soalan, di manakah Penguasa Pembangunan Media Singapura (MDA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Informasi (MCI) yang cukup pantas bertindak ‘keras’ terhadap pihak pengeluar permainan maya sedemikian?

Walhal sejak pelaksanaan Klasifikasi Permainan Video pada 2008 lalu, banyak judul disekat untuk dimuat naik di negara tersebut sama ada atas sebab mengandungi babak berunsur keganasan, seks keterlaluan dan sebagainya.

Namun kali ini, MDA sengaja tidak berbuat perkara sama ke atas permainanĀ ā€œWhere is Najib?ā€ (Di mana Najib?) dihasilkan Samatha De Silva menerusi sebuah syarikat Singapura, Glassfire Games dan tular sejak awal bulan ini.

Adakah kerana kebetulan pihak pemerintah republik itu ‘sekepala’ aliran politik dengan kerajaan baharu Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH), permainan ‘ketuk kepala’ Datuk Seri Najib Tun Razak itu boleh pula dihalalkannya?

Apatah lagi, penciptanya sendiri dilaporkan oleh portal Digital News Asia minggu lalu, mengakui sengaja bangun permainan video itu hasil ilham daripada skandal luar biasa syarikat pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB.


ā€œSaya buat bukan semata-mata untuk hiburan tetapi juga bagi menyerlahkan secara satira betapa teruknya skandal tersebut.Ā Dan sebagai peringatan kita tidak boleh takut ‘raksasa’ ketika kita mentertawakan mereka,ā€ kata Samantha.

Permainan maya dimainkan dengan ketuk kepala watak bekas perdana menteri itu untuk dapat mata.Ā Pemain diberi cuma 10 saat untuk kumpul 100 mata bagi cari Najib dengan setiap ketukan yang guna berlian itu bawa 10 mata.

Jika berjaya, pemain bakal terima berlian dengan jawapan yang bernada sindiran termasuk ā€œAnda temui Najib! Dia sekarang cari cara bagi padam komputerā€ atau ā€œAnda temui Najib! Dia kini terpaksa menyamar sebagai durianā€.

Begitulah biadabnya firma Singapura itu hina mantan ketua kerajaan negara tetangganya hanya kerana tohmahan jahat PH yang momok skandal kehilangan dana 1MDB kononnya dicuri Najib tetapi tiada bukti kukuh selama ini.

Bayangkan jika ada syarikat Malaysia buat permainan video perihal skandal sayap pelaburan pemerintah Singapura, Temasek yang teruk dikritik rakyat republik itu sendiri, bahkan jauh lebih teruk daripada 1MDB. – Mynewshub.TV

Kategori