Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Apa Motif DAP, G25...

DALAM senyap, nampaknya pemikiran songsang kumpulan 25 anak Melayu penjawat awam elit atau...

Tragedi Kepala Air: Mangsa...

KEMAMAN – Mayat kesembilan tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih di sini...

Kenapa Turun Papan Iklan...

KOTA KINABALU - Timbalan Presiden PBS, Yee Moh Chai bingung dengan tindakan Suruhanjaya...

“Serius Body U Mantop...

PELAKON serba boleh yang baru sahaja mendapat cahaya mata sulung, Fizz Fairuz dihimpit...

APM Tempatkan Pasukan Kawalan Pantai Di Muara Tok Bali

PASIR PUTEH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh akan menempatkan sepasukan anggota kawalan pantai di Muara Tok Bali di sini.

Pegawai APM Pasir Puteh, Kapten Nik Mohd Nor Nik Mat berkata ini kerana muara berkenaan antara kawasan berbahaya yang sering menyebabkan kejadian lemas dengan 10 kematian dilaporkan pada tahun ini.

“Kumpulan 10 anggota itu terdiri daripada enam pemandu bot, dua jurulatih serta dua anggota biasa dan mereka akan bertugas bermula 10 pagi dan berakhir 7 petang.

“Sebuah bot berkelajuan tinggi dan tiga bot fiber turut ditempatkan di muara berkenaan untuk tujuan menyelamat,” katanya kepada pemberita pada Latihan Penyelamat Pantai APM di muara Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian lemas sering berlaku di muara berkenaan kerana keadaan ombak yang sukar diramal dan memerlukan kawalan khusus daripada agensi penyelamat.


“Kita juga akan menutup kawasan muara ini sepanjang musim tengkujuh bermula November hingga Mac tahun depan daripada sebarang aktiviti bagi mengelakkan kejadian sama daripada terus berulang,” katanya. – BERNAMA

Kategori