Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat melanda wilayah Taiwan hari ini, di...

Iqram Minta Insiden Waris...

SELASA lalu warga media tempatan digemparkan dengan insiden seorang waris mangsa nahas MH17...

Dua Kakitangan Hospital Direman...

Klang : Dua kakitangan hospital direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan...

Marah Disoal Siasat Remaja...

MIRI - Marah disoal siasat, seorang remaja berusia 17 tahun bertindak menumbuk seorang...

APMM Selangor Tahan Bot Pukat Tunda Berhampiran Sg Sembilang

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pukat tunda kerana dipercayai melanggar Akta Perikanan 1985 apabila didapati menjalankan aktiviti perikanan kira-kira 3.6 batu nautika dari Sungai Sembilang, dekat sini malam tadi.

Pengarah APMM Selangor Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata bot terbabit ditahan pada 11.40 malam bersama-sama tekong serta dua awak-awak warga tempatan, berusia 38 h;ingga 69 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan mendapati ketiga-tiga individu terbabit telah melanggar syarat sah lesen iaitu menunda bawah lima batu nautika dari persisiran pantai, tidak memiliki jaket keselamatan, menutup lampu pandu arah dan menutup nombor pendaftaran bot.

“Ketiga-tiga lelaki itu didapati sedang leka menunda dan cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak APMM Selangor.

“Mereka turut ditahan bersama ikan campur yang dianggarkan kira-kira 200 kilogram. Bot dan kesemua individu yang ditahan diiringi ke Jeti Pulau Indah di sini, untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori