Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Berarak Di Hadapan Tunku...

SEREMBAN - Warga emas berusia 83 tahun, V. Velayuthan masih lagi ingat dengan...

Pemandu Maut Lori Jatuh...

MIRI - Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam...

5 Bulan Terlantar Sakit...

NEW YORK - Penyanyi rock, Avril Lavigne memberitahu dia sudah terlantar selama lima...

Rambut Blonde Palsu Cuma...

RAMAI terkejut dengan imej terbaru penyanyi dan pelakon senior, Raja Ema, 46, ketika muncul...

AS Henti Bantuan, Dakwa Pakistan Gagal Tangani Militan

TENTERA Amerika Syarikat akan membatalkan bantuan untuk memerangi keganasan berjumlah AS$300 juta kerana Islamabad didakwa gagal bertindak terhadap kumpulan militan.

Presiden Donald Trump sebelum ini menuduh Pakistan memberi maklumat salah kepada AS walaupun menerima berbilion dolar bantuan.

Jurucakap Pentagon Lt Kol Kone Faulkner berkata tentera AS akan menggunakan wang itu untuk “prioriti penting” yang lain.

Tindakan ini, yang perlu diluluskan oleh Kongres, ialah sebahagian pemberhentian bantuan yang diumumkan pada Januari.

Jabatan Negara AS telah lama mengkritik Pakistan, sebuah negara sekutu rapat, atas dakwaan gagal menyekat jaringan teroris yang beroperasi di Pakistan, termasuk kumpulan Haqqani dan Taliban Afghanistan.

“Kami terus menekan Pakistan supaya mensasarkan semua kumpulan teroris,” kata Faulkner dal satu kenyataan Sabtu lalu, sambil menambah bahawa bantuan AS$300 juta itu perlu digunakan untuk keperluan lain kerana ketiadaan tindakan pihak Pakistan.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum Setiausaha Negara Mike Pompeo dijadual melawat Pakistan untuk bertemu Perdana Menteri Imran Khan.

Januari lalu, kerajaan AS mengumumkan ia menghentikan hampir semua bantuan keselamatan untuk Pakistan.

AS dan beberapa negara lain telah lama mendakwa Pakistan menyediakan tempat persembunyian selamat bagi militan, membolehkan mereka melakukan serangan di seberang sempadan di Afghanistan.


Dakwaan ini bagaimanapun dinafikan oleh Islamabad.

Rangkaian Haqqani merupakan kumpulan militan yang menumpu aktiviti di negara jiran, Afghanistan, yang juga mendakwa Pakistan membenarkan kumpulan itu beroperasi di sana.

Haqqani mempunyai hubungan dengan Taliban Afghanistan, kumpulan yang memberi ancaman kepada kerajaan Afghanistan. Taliban Pakistan pula memberi tumpuan operasi dalam wilayah Pakistan.

Kedua-dua kumpulan Haqqani dan Taliban Afghanistan pernah melancarkan serangan di Afghanistan yang membunuh tentera AS, dan AS mendakwa perisikan Pakistan terlibat membantu kumpulan militan terbabit.

Pakistan didakwa menggunakan Taliban Afghanistan untuk kepentingan dasar luarnya di negara itu. Perisikan Pakistan pertama kali terlibat membiayai dan melatih militan di Afghanistan ekoran pencerobohan Soviet pada 1979.

Walaupun Pakistan sejak 2001 membenarkan wilayahnya digunakan oleh pasukan antarabangsa untuk laluan membawa bekalan ke Afghanistan dan bekerjasama dengan AS memerangi al-Qaeda, penganalisis berpendapat ia kekal memberi bantuan dan melindungi militan.

Antara tujuan Pakistan berbuat demikian ialah menghadkan pengaruh pesaing serantaunya India, di Afghanistan. – BBC

Kategori