Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kemas Kini Percuma Untuk...

Berita baik kepada anda yang menggunakan sistem operasi Windows bukan original.Microsoft tidak akan...

JPAM T’ganu Tak Menang...

KUALA TERENGGANU - Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)...

Anwar Tak Senang Majlis...

KUALA LUMPUR - Menyedari mungkin rakyat mengganggap majlis keagamaan di rumahnya bakal dipolitikkan,...

Strategi Subsidi Kurangkan Impak...

KUALA LUMPUR - Strategi subsidi minyak masak yang dilaksanakan kerajaan telah mengurangkan impak negatif akibat...

AS Guna Isu Uighur Kenakan Sekatan Pada China

JABATAN Negara Amerika Syarikat pada Selasa menunjukkan perhatian pada apa yang disifatkan sebagai keadaan makin buruk melibatkan minoriti Muslim di Xinjiang, China, di mana Muslim di sana ditahan dan ditempatkan di kem “pemulihan.”

Ini menunjukkan satu peningkatan perhatian Washington terhadap tindak tanduk China, yang didakwa sedang melaksanakan pencabulan hak asasi besar-besaran di wilayah itu.

Pentadbiran Trump juga menimbangkan untuk mengenakan sekatan terhadap pemimpin-pemimpin China dan syarikat yang dikaitkan dengan pencabulan itu.

Perbincangan dalam kalangan kerajaan AS semakin menampakkan kesungguhan untuk negara itu mengenakan hukuman ekonomi terhadap China yang menjalankan penahanan beramai-ramai Muslim Uighur.

Sebarang sekatan berdasarkan sebab pencabulan hak asasi manusia oleh AS terhadap China merupakan satu yang amat jarang berlaku dan sekiranya dilaksanakan bakal mencetuskan satu ketegangan besar.

Washington pada masa yang sama sedang terlibat dalam perang dagang dengan China, tetapi turut meminta kerjasama China untuk membantu dalam krisis nuklear Korea Utara.

Bagaimanapun, sumber pentadbiran AS mengatakan yang perbincangan masih berjalan dan keputusan masih jauh lagi.


“Kami sangat terkejut dengan keadaan yang semakin buruk apabila Uighur dan juga Kazakh dan Muslim lain di wilayah ditahan beramai-ramai,” kata jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert.

Jabatan Negara AS telah menerima surat daripada sekumpulan anggota Kongres menuntut sekatan dikenakan ke atas pegawai China yang terlibat dalam pencabulan di Xinjiang.

Sekatan turut dipertimbangkan terhadap syarikat yang terlibat membina kem tahanan dan membina sistem perisikan untuk memantau pergerakan warga Uighur.

Kumpulan Projek Hak Asasi Manusia Uighur yang berpangkalan di Washington dalam satu catatan di Twitter menerbitkan gambar Dolkun Isa, presiden Kongres Uighur Sedunia dalam satu lawatan di Rumah Putih, menyebut dorongan positif lawatan itu.

Isu Uighur ini mula mendapat perhatian khusus AS kebelakangan ini, pada masa persaingan ekonomi dan politik antara dua negara kuasa dunia ini semakin sengit di seluruh dunia. – Reuters/Mynewshub.tv

Kategori