Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perbicaraan Kes 1MDB Najib...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes berprofil tinggi membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat...

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas membabitkan penerbangan PK-661 Pakistan...

Pindaan Seksyen 39B ADB,...

KUALA LUMPUR — Pindaan terhadap Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 akan memberi...

Pelajar Alami Masalah Dokumentasi...

HULU TERENGGANU - Kementerian Pendidikan membenarkan pelajar yang menghadapi masalah dokumentasi berkenaan status...

Astro Dapat Hak Siaran Bagi 3 Lagi Musim Liga Premier

KUALA LUMPUR – Astro Malaysia Holdings Bhd telah berjaya mendapatkan hak penyiaran untuk tiga lagi musim Liga Premier dari 2019/20 hingga 2021/22.

“Kami amat teruja dapat meneruskan kerjasama kami dengan Liga Premier dalam memberi liputan ke atas liga bola sepak terbesar dan yang paling menarik di dunia.

“Kesemua 380 perlawanan akan disiarkan dalam definisi tinggi menerusi Astro TV dan Astro Go, setiap peminat bola sepak boleh mengikuti dan bersorak untuk kelab-kelab kegemaran mereka,” kata Ketua Sukan Astro, Lee Choong Khay dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Astro mahu pelanggan-pelanggan saluran sukannya teruja dengan perlawanan langsung terpilih bagi musim baru yang akan disiarkan dalam definisi tinggi ultra 4K, ini akan memberikan pengalaman tontonan yang terbaik serta mendalam.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Liga Premier Richard Scudamore berkata peminat bola sepak di Malaysia amat dikenali dengan keghairahan mereka dalam mengikuti Liga Premier dan Astro telah membuat langkah terbaik apabila menyediakan perlawanan kali ini dalam pelbagai platform.


“Kami amat berbangga mereka akan terus menjadi rakan penyiaran eksklusif kami sehingga ke penghujung musim 2021/22,” kata Scudamore. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • astro

Kategori