Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Manfaat Data Internet Percuma...

KUALA LUMPUR - Pelajar, guru dan ibu bapa perlu memanfaatkan sepenuhnya data percuma...

Bekas Gabenor Akui BNM...

PUTRAJAYA - Setelah sekian lama tidak bersuara, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),...

Pengawal Istana Hampir Tertembak...

BEKAS pengawal Istana Buckingham mendedahkan dia pernah hampir tertembak pemerintah Britain, Ratu Elizabeth...

Sembilan Bom Perang Dunia...

LABUAN - Sembilan biji bom yang dipercayai peninggalan perang dunia kedua ditemui di...

Asyraf Wajdi Terkejut Maszlee Terima Pelantikan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa terkejut apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menerima pelantikan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jelas Asyraf Wajdi, beliau menghormati kebolehan Maszlee namun rakyat pastinya menuntut janji Ahli Parlimen Simpang Renggam itu yang sebelum ini bertekad untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran universiti.

“Membuat kami terkejut apabila Maszlee menerima jawatan Presiden UIAM pada masa yang sama setiausaha politiknya (Mohd. Nizam Morad) pula dilantik sebagai Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia.

“Saya petik kenyataan Maszlee dalam satu temuramah bertarikh 7 Jun 2018 “Ini merupakan era baharu, saya akan pastikan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan sampai bila-bila memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, ini termasuk diri saya”. Kotakan janji, lantiklah tokoh cendekiawan yang dihormati rakyat untuk mengemudi universiti dalam era kerajaan baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Persatuan Staf Akademik UIAM menerusi akaun Facebook rasmi persatuan itu mengucapkan tahniah kepada Maszlee di atas pelantikan sebagai Presiden UIAM. – UTUSAN ONLINE

Kategori