Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Britain Nak Nama...

London - Ketika Putera William dan isterinya, Kate menunggu kelahiran bayi kedua mereka,...

Wanita Warga Australia Didakwa...

SEPANG - Seorang wanita warga Australia hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di...

Polis Baltimore Lepas Bom...

BALTIMORE - Polis Baltimore melepaskan bom asap dan gas pemedih mata terhadap ratusan...

Malaysia Perlu Lebih Ramai...

PUTRAJAYA - Malaysia memerlukan lebih ramai pakar untuk pengurusan data sempurna dan sistematik...

ATM Tahan 10 PATI Myanmar Di Sempadan Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berumur antara 18 hingga 41 tahun ketika cuba memasuki negara ini berhampiran Pos 1 di sini, hari ini.

Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, mereka masing-masing terdiri lima lelaki dan lima wanita ditahan kira-kira pukul 2 pagi oleh sepasukan anggota dari Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6-RAMD) yang menjalankan tugas rondaan di kawasan tersebut.

“Pasukan ronda diketuai Sarjan Hanif Abd Ghani melakukan tangkapan selepas melihat pergerakan sekumpulan individu sedang menghala ke sempadan negara berdekatan pos terbabit.

“Selepas ditahan dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua PATI gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mereka dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera 5 Rejimen Sempadan bagi pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori